fbpx

Mumia makhluk tiga jari sah bukan manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mumia tersebut mempunyai tiga jari dan tengkorak memanjang. – Getty Images

BANDAR RAYA MEXICO – Sekumpulan penyelidik mengesahkan kesahihan beberapa mumia yang mempunyai tiga jari bahawa  makhluk tersebut bukan manusia, lapor akhbar The Sun.

Mereka berkata demikian dalam satu sidang di Kongres Mexico kelmarin. Menurut mereka, mumia yang sebelum ini dikatakan bukan berasal dari Bumi itu asli dan pernah hidup.

Beberapa makhluk berbadan kecil tersebut diklasifikasikan sebagai ‘spesies baharu bukan manusia’ kerana ia tidak mempunyai paru-paru atau tulang rusuk.

Ahli antropologi Universiti Kebangsaan San Luis Gonzaga Ica di Peru, Roger Zuniqa berkata, pasukan  penyelidik telah menemui lima spesimen serupa dalam tempoh empat tahun.

“Ia adalah asli. Tiada campur tangan manusia terhadap pembentukan fizikal dan biologi makhluk ini,” katanya.

Sepucuk surat yang ditandatangani oleh 11 penyelidik universiti tersebut mengisytiharkan bahawa mereka semua bersetuju bahawa mumia itu adalah nyata tetapi enggan mengesahkan sama ada ia berasal dari angkasa lepas.

Seorang wartawan dan peminat objek terbang tidak dikenali (UFO), Jaime Maussan mula membawa mumia mempunyai tiga jari dan tengkorak memanjang itu kepada perhatian Kongres Mexico pada September lalu.

Mumia yang dikatakan ditemui di sebuah lombong di Cuzco, Peru itu didakwa oleh Maussan sebagai bukan manusia. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI