fbpx
Vaksin Medicago menunjukkan 75.3 peratus berkesan terhadap varian itu apabila dipertingkatkan dengan penggalak GlaxoSmithKline. - PMI.com

Vaksin berasaskan tumbuhan berkesan lawan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OTTAWA – Sebuah syarikat farmaseutikal  di Kanada menyatakan bahawa vaksin Covid-19 berasaskan tumbuhan yang dihasilkannya terbukti mempunyai keberkesanan sehingga 75 peratus dalam mengekang penularan varian Delta, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Vaksin Medicago adalah 75.3 peratus berkesan terhadap varian itu apabila dipertingkatkan dengan penggalak GlaxoSmithKline, demikian menurut kajian peringkat akhir daripada kedua-dua syarikat.

“Ini adalah keputusan yang memberangsangkan. 

“Pandemik Covid-19  terus menunjukkan aspek baharu dengan varian Delta menunjukkan dominasi  semasa yang akan diikuti oleh  varian Omicron dan seterusnya varian lain,” kata Ketua Pegawai Kesihatan Global GSK, Thomas Breuer dalam satu kenyataan.

Vaksin itu menggunakan teknologi yang dihasilkan daripada sel tumbuhan dengan meniru struktur koronavirus.

Keberkesanan vaksin itu terhadap semua varian koronavirus adalah sebanyak 71 peratus, kecuali Omicro yang belum diketahui ketika kajian dijalankan.

Kajian klinikal itu melibatkan lebih 24,000 peserta berumur 18 tahun ke atas di Kanada, Amerika Syarikat, Britain, Mexico, Argentina dan Brazil.

Medicago berkata, pihaknya merancang untuk mendapatkan kelulusan  untuk vaksin COVID-19 berasaskan tumbuhan daripada pihak berkuasa kesihatan Kanada. – AGENSI 

POPULAR