fbpx

Segelintir Melayu anggap agama sudah tidak bermakna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris (duduk tengah) dan Yang Dipertua Yadim, Nasrudin Hassan (duduk, dua dari kiri) bersama Ikon Dakwah Yadim 2021-2022 pada majlis hari ini.

PUTRAJAYA – Kajian dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap masyarakat terutamanya orang Melayu di bandar mendapati, terdapat kecenderungan dalam kalangan segelintir mereka yang mengganggap pegangan agama sudah tidak bermakna lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, sekiranya trend tersebut berleluasa, dikhuatiri mereka menganggap soal perkahwinan juga tidak perlu dengan pegangan agama yang sama iaitu Islam.

“Sehubungan itu, usaha menyampaikan dakwah perlu dijalankan secara berterusan. Kita tidak perlulah bincang perkara yang boleh mengelirukan orang awam yang akhirnya (menyebabkan) masyarakat yang menganggap bahawasanya pegangan agama sudah tidak penting dalam hidup.

“Justeru, kita mengharapkan supaya Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) iaitu agensi di bawah Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) perlu bergerak seiring bersama kita serta menggunakan beberapa figura dalam melestarikan dakwah kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada perasmian Webinar Pemantapan Akidah Pemantapan Akidah Nusantara Dan Penyerahan Watikah Pelantikan Ikon Dakwah Yadim 2021-2022, di sini hari ini.

Dalam pada itu, jelas beliau, pelantikan ikon dakwah tersebut adalah satu lagi usaha Yadim dalam melestarikan gerakan dakwah menerusi ikon lantikan yang dikenal pasti sebagai figura berimej positif kepada masyarakat.

“Mereka akan berperanan sebagai duta Yadim dalam program pembangunan dakwah, membantu mengimarahkan lagi aktiviti-aktiviti badan dakwah ini kepada masyarakat dan membantu dalam pembangunan dakwah melalui pelbagai medium.

“Semoga dengan pelantikan ini, usaha melestari gerakan dakwah di negara ini akan bertambah lancar dan berhasil hendaknya,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI