fbpx

Penjawat awam rugi RM4,000 ditipu pelaburan tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Seorang penjawat awam berdepan kerugian RM4,000 selepas diperdaya dalam pelaburan saham tidak wujud yang diiklankan di laman Telegram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula 5 November lalu selepas mangsa tertarik dengan iklan pelaburan saham di platform tersebut.

“Mangsa seorang lelaki berusia 39 tahun dari Taman PSJ Sungai Karang Darat, di sini kemudiannya menghubungi seorang lelaki melalui aplikasi terbabit.

“Mangsa telah diberi penerangan tentang pelaburan yang menawarkan keuntungan dalam masa tiga jam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudiannya diminta membuat pembayaran sebanyak RM4,000 ke dua akaun bank berbeza dengan tiga kali transaksi.

Katanya, selepas tiga jam mangsa meminta wang keuntungan tetapi suspek memberikan pelbagai alasan dan meminta lagi wang daripada mangsa.

“Mangsa berasa dirinya telah ditipu dan datang ke balai polis untuk buat laporan,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI