fbpx

Covid-19 lebih mudah disebar oleh lelaki, individu bercakap kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Individu yang bercakap dan menyanyi dengan kuat akan mengeluarkan pelepasan zarah yang lebih banyak. - The Happydemic

DENVER, COLORODO – Satu kajian mendapati lelaki yang bercakap dengan nada suara yang kuat lebih mudah menyebarkan virus Covid-19 kepada individu lain, lapor akhbar New York Post semalam.

Kajian oleh Universiti Negeri Colorado dan diterbitkan dalam jurnal Enviromental Science and Technology Letters itu meneliti pelepasan wap pernafasan daripada individu sihat ketika bercakap dan menyanyi dalam persekitaran makmal yang terkawal.

Kumpulan penyelidik berkenaan membuat kesimpulan bahawa nyanyian menghasilkan 77 peratus lebih wap pernafasan (aerosol)  daripada bercakap, orang dewasa menghasilkan 62 peratus lebih aerosol daripada kanak-kanak dan lelaki menghasilkan 34 peratus lebih aerosol  berbanding wanita.

“Semakin kuat seseorang itu bercakap atau menyanyi, semakin banyak aerosol yang dikeluarkannya,” jelas universiti itu dalam satu hantaran berita di laman webnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI