fbpx

Bayern, Lewandowski laung amaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEWANDOWSKI

MUNICH – Penyerang prolifik Bayern Munich, Robert Lewandowski bersedia menghancurkan impian Barcelona untuk mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara musim ini.

Lewandowski dikatakan bermotivasi tinggi untuk menjaringkan gol ke atas The Catalan menjelang aksi terakhir Kumpulan E di Allianz Arena awal pagi esok selepas dia tidak dinobatkan sebagai pemenang Ballon d’Or 2021.

Keputusan itu sememang­nya sukar diterima Lewandowski yang terlepas peluang untuk memenanginya selepas ia tidak dipertandingkan pada edisi tahun lalu.

Kali ini, Lewandowski me­ra­sai kekecewaan yang sa­ma apabila tro­fi Ballon d’Or itu bagi edisi 2021 diberikan kepada bekas bintang Barcelona, Lionel Messi yang kini mewakili Paris Saint-Germain.

Pemain tengah menyerang Bayern, Thomas Muller menjelaskan, rakan sepasukannya itu tentunya mahu melepaskan geram de­ngan memastikan Barcelona tewas bertemu mereka awal pagi esok, sekali gus berputih mata untuk mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara musim ini.

“Daripada sudut pandangan saya, penyampaian Anugerah Ballon d’Or amat mengecewakan.

“Satu lagi pesanan saya adalah Lewandowski masih lagi kecewa. Sudah tentu dia akan melepaskan geram itu untuk aksi Liga Juara-Juara seterus­nya menentang Barcelona pada Rabu ini (awal pagi esok).

“Ia secara tidak langsung menyuntik motivasi tambahan kepada kami untuk membuktikan kemampuan Bayern dan mengembalikan trofi Liga Juara-Juara ke Munich musim ini,” katanya.

Sebagai rekod, Bayern berjaya menewaskan Barcelona dalam tiga pertemuan terakhir bermula dengan keputusan 3-2 (2015), 8-2 (2020) dan 3-0 pada September lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI