fbpx

Barca perlu menang demi masa depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
XAVI (kanan) menarik nafas lega apabila Dembele (tengah) kembali cergas untuk diturunkan dalam kesebelasan utama menentang Bayern di Allianz Arena awal pagi esok. – AFP

BARCELONA – Ketua jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez berkeyakinan tinggi anak-anak buahnya mampu menewaskan Bayern Munich menjelang aksi terakhir Kumpulan E kempen Liga Juara-Juara di Allianz Arena awal pagi esok.

Hanya kemenangan ke atas gergasi Jerman tersebut mampu mengesahkan slot mereka ke peringkat kalah mati pentas berprestij Eropah itu sebagai naib juara Kumpulan E.

Xavi menegaskan, barisan pemainnya akan memberikan persembahan yang terbaik bagi memastikan Barcelona tidak mengulangi episod malang gagal mara ke pe­ringkat kalah mati sejak kali terakhir ketika edisi 2000/2001.

“Pasukan ini berkemampuan untuk bertandang ke Munich dan memenangi perlawanan. Ini adalah objektif utama pasukan.

“Sekarang semuanya bergantung kepada kami sendiri. Ia bukan sesuatu yang mudah, tetapi kami bersedia untuk memberikan yang terbaik dengan menewaskan Bayern di laman mereka sendiri,” kata Xavi.

Pertembungan menentang Bayern awal pagi esok amat pen­ting buat Barcelona kerana kegagalan ke peringkat kalah mati bakal menyaksikan jaguh Sepa­nyol itu berdepan krisis kewa­ngan lebih kritikal.

Difahamkan, The Catalan akan terlepas peluang untuk meraih €20.2 juta (RM96.44 juta) jika gagal melepasi peringkat kumpulan, sekali gus menambahkan lagi beban kewangan pasukan.

Bagaimanapun, Barcelona mendapat perkhabaran gembira untuk aksi bertemu Bayern selepas pemain sayap lincah Perancis, Ousmane Dembele disahkan bebas daripada kecederaan dan boleh diturunkan dalam perlawanan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI