fbpx

Gaji kecil hidup mewah boleh disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Hidup mewah walau hanya bergaji kecil. Awas, anda mungkin dalam radar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Itu amaran tegas diberikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada mana-mana penjawat awam yang hidup serba mewah walaupun hanya bergaji kecil dan gred rendah.

Azam berkata, beliau sebenarnya boleh mengarahkan pegawainya untuk menyiasat penjawat awam berkenaan bagi meneliti sumber pendapatan yang diperolehi.

Menurutnya, keadaan itu adalah petanda besar dan kemungkinan mereka (penjawat awam) ada mengambil dan menerima rasuah.

“Mereka boleh disyaki dan saya boleh arahkan pegawai untuk menyiasat mereka. Bagaimana mereka boleh pakai kereta mewah dan rumah besar sedangkan hanya bergaji kecil? Ada kemungkinan mereka menggunakan kuasa yang ada untuk menerima rasuah.

“Kami pernah menyiasat satu kes yang mana penjawat awam Gred 32 tetapi mampu beli kereta dan rumah mewah secara tunai,” katanya pada sesi temubual Santai Oghok Potang menerusi saluran radio, Negerifm, hari ini.

Beliau turut mengingatkan ketua jabatan di kementerian, jabatan dan agensi kerajaan supaya memantau kakitangan mereka yang hidup mewah biarpun mempunyai tahap keberhutangan yang tinggi.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI