fbpx

Sultan Perak berkenan terima zakat RM7.8 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Ir. Baharin Din menyerahkan zakat perniagaan syarikat itu kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bagi pihak MAIPk hari ini.

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM7.8 juta daripada enam syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Perak, Bukit Changkat Persekutuan di ibu negara hari ini.

Penyerahan itu didahului oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ir. Baharin Din dengan jumlah bayaran zakat perniagaan RM6 juta.

Ia diikuti Etiqa Family Takaful Berhad dan Etiqa General Takaful Berhad yang diwakili Ahli Jawatankuasa Syariahnya, Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman dengan jumlah zakat perniagaan RM775,000.

Sementara itu, FGV Holdings Berhad diwakili oleh Pengerusi Kumpulannya, Datuk Dzulkifli Abd. Wahab menyerahkan zakat perniagaan RM577,752.

Turut menunaikan zakat perniagaan adalah Angkatan Koperasi Kebangsaan (M) Berhad (Angkasa) berjumlah RM221,105 yang diserahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Negeri (JPAN) Perak, Mohd. Rosli Basri.

Ia kemudian diikuti GiTN Sdn Bhd yang diserahkan oleh Ketua Perkhidmatan dan Pengurusan Korporatnya, Norfaizah Mohd. Puad dengan zakat berjumlah RM140,000. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI