fbpx

Penjawat awam Pahang terima saguhati RM1,200

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rosdy

KUANTAN – Seramai 8,000 penjawat awam negeri Pahang bakal menerima wang saguhati sebanyak RM1,200 yang akan dibayar bermula pada minggu ketiga Januari tahun depan.

Insentif itu diumumkan Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail ketika membentangkan Belanjawan Pahang 2022 pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Wan Rosdy berkata, pemberian saguhati secara ‘one-off’ itu membabitkan peruntukkan sebanyak RM9.6 juta.

“Sebagai penghargaan kepada penjawat awam, kerajaan negeri bersetuju untuk memberi insentif sebanyak RM1,200 kepada setiap penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri bagi semua gred,”katanya.

Selain itu, Wan Rosdy turut mengumumkan beberapa bayaran insentif lain termasuk bayaran ‘one-off’ sebanyak RM250 kepada 300 penyelia dan petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) seluruh Pahang.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI