fbpx

[VIDEO] Penduduk gempar, ‘raja ular’ lintas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kehadiran seekor ular tedung bersaiz besar mengundang kebimbangan orang ramai terutamanya pengguna jalan raya di kawasan tersebut.

PETALING JAYA – Kehadiran seekor ular tedung selar bersaiz besar sedang melintas jalan menggemparkan penduduk di kawasan Sungai Tekali, Hulu Langat dekat sini baru-baru ini.

Menerusi sebuah video berdurasi 30 saat itu memaparkan seekor ular tedung cuba melintas jalan dan sempat menaikkan badannya ketika sebuah kereta sedang melalui kawasan tersebut.

Kejadian tersebut menyebabkan penduduk di kawasan sekitar bimbang akan keselamatan mereka selain mengundang risiko keselamatan terhadap pengguna yang melalui jalan itu.

Rakaman video yang dimuat naik @Wawa Fazrinny tersebut turut mendapat perhatian pengguna media sosial Facebook yang bimbang akan keselamatan pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal dan basikal.

Salah seorang pengguna media sosial Facebook, @kamarul Roslan berkata, dia selalu melalui kawasan tersebut dan bersyukur tidak pernah berhadapan dengan ular berbisa itu.

“Seramnya, saya selalu juga lalu kawasan ini, bila tak sedap hati, saya tidak akan melalui kawasan tersebut. Harap ular itu terus ke hutan berhampiran,” jelasnya.

Sementara @Hardinalizha berkata, dia baru sahaja menjumpai ular tedung selar pada bulan lalu di hadapan rumahnya.

“Bulan lepas jumpa kat Batu 16 dan ular itu sebesar ular di dalam video ini. Seram dan takut akan keselamatan orang lain,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI