fbpx

Moha Biotech perkenal Program Usahawan Berani Berniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Khalid (kiri) bersama Nurul Hayat (tengah) dan Yaya Mohammad pada majlis perasmian kilang Moha Biotech di Kulai, Johor baru-baru ini.

JOHOR BAHRU – Sejak pandemik Covid-19 membadai dunia termasuk Malaysia, peniaga dan usahawan dilihat paling terkesan apabila operasi perniagaan yang diusahakan terjejas teruk sekali gus mengganggu gugat kesinambungan ekonomi.

Dalam tempoh tersebut, tentunya pelbagai usaha telah dilakukan pengusaha perniagaan untuk terus bertahan dalam memastikan rantaian ekonomi dapat diteruskan.

Tidak ketinggalan, syarikat pengeluar produk kosmetik bumiputera terkenal, Moha Biotech Manufacturing Sdn. Bhd., turut mengambil inisiatif menawarkan pakej-pakej produk jenama sendiri bagi membantu para usahawan daripada pelbagai latar belakang di luar sana.

Seiring dengan pelancaran Program Usahawan Berani Berniaga yang dilancarkan Moha Biotech sejak Januari lalu, lebih daripada 10 produk berjaya diperkenal dan dipromosikan.

Pengarah Eksekutif Moha Biotech, Md. Khalid Mohammad berkata, program tersebut telah berjaya menarik penyertaan dan penglibatan yang tidak disangka-sangka hanya dalam masa singkat.

“Moha Biotech telah membuka peluang kepada usahawan untuk tampil berani menjadi pengasas produk dan memberikan peluang besar kepada seramai 1,647 usahawan baru dan lama yang menyertai program ini.

“Tidak setakat itu, sepanjang program ini berlangsung, usahawan yang berminat diberi panduan lengkap berkenaan dunia pemasaran masa kini daripada mentor-mentor usahawan syarikat terlibat,” katanya.

Md. Khalid berkata demikian pada majlis perasmian kilang Moha Biotech Sdn. Bhd. di Kulai di sini baru-baru ini.

Tambahnya, inisiatif tersebut turut menyaksikan lima usahawan daripada syarikat-syarikat kecantikan ternama hadir memberikan sokongan serta maklum balas tentang manfaat program tersebut.

Turut hadir Pengarah Eksekutif Perbadanan Usahawan Johor merangkap Pengurus Jabatan Pembangunan Usahawan, Nurul Hayat Ab Jalal dan Pengasas Moha Biotech, Yaya Mohammad. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI