fbpx

Suspek pernah dijel 6 bulan kerana dera kakak si mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesan darah turut ditemui pasukan penyiasat Unit Forensik ketika pemeriksaan dijalankan.

JOHOR BAHRU – Dua suspek yang dipercayai mendera seorang kanak-kanak berusia lima tahun sehingga meninggal dunia dalam kejadian di Iskandar Pu­teri kelmarin mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes dera dan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, satu rekod melibatkan kes dera ke atas seorang anak perempuan sulung wanita terbabit yang berusia lapan tahun iaitu kakak kepada kanak-kanak yang maut itu.

Berita berkaitan: Dera anak kandung sampai mati

Menurutnya, kedua-dua suspek sudah pun dikenakan tindakan hukuman penjara selama enam bulan dan denda selepas mereka mengaku salah atas perbuatan itu tahun lalu.

“Mereka sudah pun dikenakan hukuman penjara dan denda oleh mahkamah selepas me­ngaku bersalah atas mengikut pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Kedua-dua suspek juga memiliki empat rekod jenayah berkaitan dadah di bawah Sek­syen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya semalam.

Dzulkhairi memberitahu, kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari bermula semalam untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI