fbpx

Gempa bumi 5.9 skala Ritcher gegar Halmahera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan gempa bumi di Indonesia

PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 skala Richter berlaku di Utara Halmahera, Indonesia pada pukul 7.47 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, pusat gempa bumi tersebut terletak 4.0 darjah Utara dan 128.1 darjah Timur pada kedalaman 177 kilometer (km).

“Kejadian berlaku di 169 km Timur dari Pulau Taulud, Indonesia,” katanya.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dilaporkan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Gunung berapi Semeru yang terletak di wilayah Jawa Timur meletus sehingga mengeluarkan asap tebal menyebabkan penduduk setempat bertempiaran lari menyelamatkan diri.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI