fbpx

Apa kata pemenang FPL minggu ke-14

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

“RASA macam tidak percaya sebab saingan pada Liga Fantasi Kosmo! ini ada ramai peserta yang hebat-hebat. Saya juga tidak sangka pemilihan pemain pada kali ini tepat dan menjadi. Terima kasih Kosmo! rezeki tidak pernah salah alamat.”

NOR AZLAN BAHARUDIN (Presint 9, Putrajaya)
Pasukan: ANCHUKK FC (97 mata)
Pengurus: Azlan Baharudin

“ALHAMDULILLAH. Sebenarnya saya agak terkejut apabila menyaksikan pasukan saya pada Liga Fantasi minggu ini tinggi. Lebih menge­jutkan dan paling tidak disang­ka-sang­ka saya menang pada minggu ini, sangat gembira. Jadi, tidak sia-sia usaha saya mengkaji pemain-pemain yang tepat untuk dipilih pada setiap minggu. Terima kasih Kosmo!”

MOHD AZARUL HISHAM KARIM (Ipoh, Perak)
Pasukan: Shazarul fc (108 mata)
Nama Pengurus: azarul hisham

“SETIAP hari saya beli akhbar Kosmo! semata-mata untuk dapatkan maklumat dan tip selain rujukan memilih pemain bagi Liga Fantasi. Kali ini, pemilihan pemain saya benar-benar menjadi, terutama Mohamed Salah sebagai kapten. Saya amat berharap akhbar Kosmo! terus menganjurkan Liga Fantasi seperti ini pada musim depan sebab ia menarik kepada pembaca seperti saya.”

ZAHARI HUSSAIN (Kajang, Selangor)
Pasukan: RENGGO STYLO 007 (104 mata)
Pengurus: Jo Renggo

“SAYA benar-benar terkejut apabila dihubu­ngi Kosmo! yang memak­lumkan saya meru­pakan salah seorang peme­nang mingguan Liga Fantasi Kosmo! Memang saya bernasib baik meraih mata tinggi minggu ini apabila pemain kapten saya tidak bermain dan jatuh kepada vice kapten, Ronaldo yang jaringkan dua gol. Saya seronok bermain Liga Fantasi ini sebab ia membolehkan saya mengkaji prestasi pemain, statistik dan sebagainya pada setiap minggu.”

MUHAMMAD IRFAN MOHD ADAM (Gombak, Selangor)
Pasukan: shinji fc (100 mata)
Pengurus: irfan Adam

“SAYA seronok bermain Liga Fantasi kerana ia boleh menghilang tekanan dan apabila Kosmo! menganjurkan liga sendiri, ia bertambah meriah apatah lagi ada insentif kepada pemenang. Saya juga gembira Manchester United menang dan berjaya peroleh mata tinggi sebab Ronaldo adalah kapten saya.”

ABDUL AZIZ MUHAMAD (Banting, Selangor)
Pasukan: Aziz9447 (98 mata)
Pengurus: Aziz Muhamad

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI