fbpx
Masuaku (no 26) meraikan jaringan kemenangan bersama rakan sepasukan. West Ham United menang 3-2 ke atas Chelsea. Foto The Guardian.

West Ham bangkit kecewakan Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – West Ham United terus menyerlahkan keinginannya berada di kelompok atasan apabila menewaskan pendahulu liga, Chelsea 3-2, sebentar tadi.

Selepas dua kali pamer kebangkitan untuk menyamakan kedudukan, Athur Masuaku muncul wira dengan gol kemenangan pada minit ke-87.

Keputusan itu menyaksikan kedudukan Chelsea di puncak liga mula tergugat dan berkemungkinan dipintas oleh dua pencabar terdekat, Manchester City dan Liverpool.

Chelsea terlebih dulu membuka jaringan menerusi pemain pertahanan dari Brazil, Thiago Silva pada minit ke-28 namun kesilapan penjaga golnya, Edouard Mendy menghadiahkan penalti buat West Ham United.

Manuel Lanzini yang dipertanggungjawabkan mengambil sepakan penalti tidak melepaskan peluang untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-40.

Bagaimanapun, jaringan itu hanya bertahan empat minit sebelum Mason Mount sekali lagi meletakkan Chelsea di depan.

West Ham memulakan babak kedua dengan baik dan hanya memerlukan 11 minit untuk menyamakan kedudukan dan kali ini giliran Jarrod Bowen mengecewakan Mendy di benteng terakhir Chelsea.

Tiga minit sebelum wisel penamat, Masuaku melakukan percubaan menarik hingga mengelirukan Mendy yang dilihat bergerak ke arah bertentangan.

POPULAR

BERITA BERKAITAN