fbpx

Polis siasat insiden pengawal keselamatan heret lelaki tidak sedar diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang tular memaparkan seorang lelaki diheret pengawal keselamatan dan ditinggalkan di tepi jalan di kawasan Ara Damansara.

PETALING JAYA – Polis mengesahkan sudah merakam keterangan seorang pengawal keselamatan berhubung insiden seorang lelaki diheret dan ditinggalkan di tepi jalan kerana strok haba seperti dakwaan tular di media sosial, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, saksi bebas yang berada di lokasi kejadian termasuk pengawal keselamatan warga tempatan telah diambil keterangan untuk membantu siasatan.

“Hasil semakan mendapati kejadian itu berlaku pada 15 Oktober lalu sekitar pukul 6.01 petang di mana pihak polis menerima laporan dari sebuah hospital kerajaan memaklumkan mengenai seorang lelaki tempatan telah dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan Ara Damansara.

“Hasil siasatan mendapati lelaki tempatan berumur lingkungan 59 tahun itu telah dijumpai di tepi jalan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan telah disahkan mati oleh petugas kesihatan yang hadir di tempat kejadian,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, siasatan tempat kejadian sudah dijalankan oleh Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Mayat telah dibawa ke Unit Patologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian dan hasil laporan awal mendapati tiada kesan kecederaan pada fizikal dan dalaman yang boleh menyebabkan kematian.

“Walaubagaimanapun, pihak polis masih menunggu laporan lengkap bedah siasat untuk mengesahkan punca sebenar kematian mangsa,” ujarnya.

Menurut beliau, kes tersebut disiasat sebagai kematian mengejut dan sekiranya laporan-laporan yang diterima menjurus kepada perlakuan jenayah atau kecuaian yang menyebabkan kematian mangsa, pihak polis akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang terlibat.

Semalam, video berdurasi satu minit 30 saat tular di media sosial yang mendakwa seorang lelaki telah diheret oleh pengawal keselamatan dan ditinggalkan di tepi jalan sehingga meninggal dunia akibat strok haba di kawasan Ara Damansara, dekat sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI