fbpx

1,022 sekolah daif di Sarawak bakal dibaik pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri meluangkan masa bersama pemimpim masyarakat di Hotel Pullman Kuching sebentar tadi.

KUCHING-Sebanyak 1,022 sekolah daif di Sarawak sudah dikenal pasti bagi tujuan baik pulih sekali gus membolehkan masyarakat setempat terutama pelajar mendapat manfaat sepenuhnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya sudah memohon kepada Kementerian Kewangan bagi memperuntukan sejumlah dana untuk menyelesaikan masalah berkenaan dengan segera.

“Sekolah, rumah guru yang daif, saya sudah minta untuk selesaikan dengan segera. Kami sudah kenal pasti 1,022 sekolah daif untuk dibaik pulih, untuk pastikan sekolah ini dibaiki dan dibina baru.

“Tiada kompromi daripada segi pendidikan, sekolah yang selesa bagi semangat kepada pelajar untuk teruskan pembelajaran,” katanya pada Majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Rakyat di Hotel Pullman di sini sebentar tadi.

Turut hadir Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berharap kerajaan negeri Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu dikekalkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini sekali gus membolehkan pelbagai pembangunan diteruskan.

Menurutnya, kerajaan terdahulu perlu dikekalkan memandangkan banyak perancangan pembangunan telah dirancang untuk Bumi Kenyalang.

“Pembangunan demi pembangunan boleh kita laksanakan di Sarawak kerana hubungan akrab antara kerajaan Persekutuan dan negeri.

“Hubungan itu sebenarnya penting, saya tidak boleh bayangkan bagaimana saya mahu membantu Sarawak kalau kerajaaan negeri bertukar kepada orang lain,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI