fbpx
MOHD. MUAZZAM (kiri) bersama Ahmad Dasuki melancarkan kempen baharu di Kuala Lumpur semalam.

Kempen Pay & Win With DD hargai pembayar PTPTN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta Payments Network Sdn. Bhd. (PayNet) menganjurkan Kempen Pay & Win With DD (DirectDebit) bermula 1 Disember hingga 2021 hingga 28 Februari 2022.

Kempen tersebut bertujuan untuk menghargai peminjam PTPTN yang komited membayar balik pinjaman pendidikan secara konsisten melalui kemudahan perkhidmatan DirectDebit, selain menyambut langkah kerajaan yang memberi insentif diskaun 10 peratus kepada mereka menerusi Bajet 2022.

Kempen tersebut menawarkan hadiah wang tunai berbentuk bayaran balik pinjaman PTPTN atau simpanan dalam akaun Simpan SSPN Prime melalui ca­butan yang melibatkan nilai ke­seluruhan RM50,000 kepada 41 pemenang terpilih.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BIMB, Mohd. Muazzam Mohamed berkata, kerjasama antara BIMB dan PTPTN telah lama terjalin terutamanya dalam menguruskan pinjaman kepada pelajar di institusi pengajian tinggi.

“Kerjasama ini diperkukuhkan dengan kerjasama pelaksanaan bayaran balik pinjaman PTPTN melalui kaedah DirectDebit pada tahun 2016, sebelum pelancaran Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN pada tahun 2018.

“Sehingga kini, sejumlah 94,131 kad debit tersebut telah dikeluarkan, melebihi sasaran awal kami iaitu sebanyak 50,000 kad bagi tempoh setahun pertama pelancarannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran kempen tersebut di sini semalam.

Turut hadir Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid.

Selain itu, pada majlis yang sama, BIMB turut menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM50,000 kepada PTPTN sebagai inisiatif membantu 500 anak-golongan asnaf sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bakal dimasukkan dalam Akaun Simpanan SSPN Prime penerima.

Kempen Pay & Win with DD terbuka kepada semua peminjam PTPTN yang membuat bayaran balik pinjaman melalui saluran DirectDebit.

Sementara itu, Ahmad Dasuki berkata, peminjam yang belum membuat permohonan DirectDebit hanya perlu membuat permohonan tersebut di portal rasmi PTPTN.

“Bermula Januari sehingga 31 Oktober 2021, kami telah me­nerima kutipan bayaran balik pinjaman sebanyak RM1.78 bilion, yang mana sejumlah 12.4 pe­ratus daripadanya atau RM220 juta adalah menerusi DirectDebit,” katanya.

POPULAR