fbpx
Pinjaman menerusi skim BNPL kini semakin meningkat terutama dalam kalangan orang muda. - GAMBAR HIASAN

Ramadan belum tiba, hutang dah banyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Ketika ini, perang baju raya di platform beli-belah secara online dan media sosial seperti TikTok semakin sengit dengan pelbagai rekaan terkini dan tawaran harga ‘gila-gila’, malah ada yang menyediakan cabutan bertuah.

Selain pakaian, perhiasan dan kelengkapan rumah untuk persiapan raya turut dipromosikan secara besar-besaran. Tidak cukup dengan itu, peniaga juga melaung-laungkan slogan ‘ceriakan raya anda dengan telefon baharu’.

Ia membuatkan ramai pengguna, khususnya orang muda mudah terjebak untuk membeli tanpa memikirkan kemampuan kewangan mereka. Ketika ini pun pembelian sudah mula rancak.

Tekanan sosial untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup telah mendorong ramai individu menggunakan pelbagai instrumen kredit terutama skim ‘beli sekarang bayar kemudian’ (BNPL) selain kad kredit dan pinjaman peribadi.

Trend penggunaan BNPL semakin meningkat. Jumlah pinjaman BNPL mencecah RM4.9 bilion setakat 31 Disember 2025.

Pada 2025, bilangan transaksi BNPL mencecah 243 juta dengan nilai keseluruhan RM21.3 bilion, meningkat dengan ketara berbanding tahun 2024 iaitu 146 juta transaksi bernilai RM12 bilion.

Mengenai transaksi BNPL dalam kalangan golongan belia iaitu mereka yang berumur 30 tahun dan ke bawah, Liew berkata, golongan tersebut merangkumi kira-kira 40 peratus daripada jumlah keseluruhan transaksi BNPL.

Remaja dan golongan muda berusia 30 tahun ke bawah menyumbang kira-kira 40 peratus daripada jumlah keseluruhan transaksi BNPL.

Ini menunjukkan ramai pengguna kini memilih untuk berhutang bagi menyokong perbelanjaan mereka termasuk menjelang Ramadan dan persiapan raya walaupun ia sebenarnya melebihi kemampuan mereka.

Walaupun BNPL sering dipromosikan sebagai pembiayaan mudah dan sebahagian tanpa faedah, realitinya ada risiko yang perlu diperhatikan.

BNPL memberi ilusi beli sekarang bayar kemudian, menjadikan pembelian terasa lebih ringan dan selesa, tetapi hakikatnya hutang itu tetap wujud dan perlu dilunaskan.

Kes seperti seorang individu yang menanggung hutang hampir RM25,000 kerana BNPL menunjukkan bagaimana hutang kecil boleh bertambah besar apabila pengguna tidak mengurus kewangan dengan baik.

Hutang yang tidak dijelaskan boleh membawa kepada tekanan kewangan jangka panjang, malah boleh memberi tekanan emosi dan sosial kepada peminjam.

BNPL hanya selamat kalau kita mempunyai disiplin yang tinggi dan menyedari tahap kemampuan kewangan. Sekiranya kita jenis ‘mudah terpengaruh’, BNPL akan menjadi perangkap berbahaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN