fbpx

Banjir merebak ke Besut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah lori cuba meredah banjir di Kampung Chalok, Setiu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Banjir di Terengganu semakin merebak dengan Besut menjadi daerah terbaharu terjejas.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, seramai 10 mangsa daripada empat keluarga telah ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bahru, Besut yang telah dibuka pada pukul 6.30 petang.

Beliau berkata, secara keseluruhan mangsa banjir di negeri ini telah meningkat kepada 174 orang melibatkan daerah Besut, Setiu dan Kuala Nerus.

“Bilangan PPS dibuka di tiga daerah itu juga meningkat kepada lapan iaitu Setiu (lima), Kuala Nerus (dua) dan Besut (satu).

“Selain SK Kampung Bahru, Besut, satu PPS yang dibuka ialah Surau Mak Jintan di Kuala Nerus,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, begitupun, satu PPS di Setiu iaitu Balai Raya Kampung Bari Besar telah ditutup pada pukul 6.30 petang.

Beliau berkata, semua mangsa banjir yang ditempatkan di PPS itu sebelum ini telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah banjir surut sepenuhnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI