fbpx

Wanita rotan anak anjing sehingga menangis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita dilihat menangkap dan mengoncang anjing peliharaannya di Seremban 2, baru-baru ini.

SEREMBAN – Seorang wanita tanpa belas kasihan tergamak merotan seekor anak anjing peliharaannya dipercayai hanya kerana menggigit kasut di sebuah rumah di Seremban 2 di sini baru-baru ini.

Difahamkan, tindakan zalim wanita itu juga sudah beberapa kali ditegur jiran kerana anjing berkenaan kerap mengeluarkan bunyi menangis dan menganggu jiran lain, namun tidak diendahkan.

Menerusi satu rakaman video berdurasi 51 saat yang dirakamkan jiran pada 29 November lalu menunjukkan anak anjing berkenaan yang tidak tahan dirotan cuba melarikan diri menerusi pagar kemudian ditangkap dan digoncang wanita tersebut.

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia), Arie Dwi Andika berkata, jiran mendakwa pemilik haiwan peliharaan itu kerap memukul dua anak anjing di rumahnya dan video dirakam adalah kejadian kali ketiga.

“Berapa teguran sudah dibuat, namun wanita itu masih berdegil menyebabkan jiran membuat laporan kepada Animal Malaysia dan meminta jasa baik supaya anjing berkenaan diselamatkan.

“Wanita ini dipercayai memukul anak anjing sehingga tangisannya boleh didengar di seluruh taman perumahan. Selepas beberapa kali memberi nasihat, jiran terpaksa merakam video kejadian untuk membuat aduan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Arie berkata, difahamkan pasangan suami isteri berkenaan juga mengikat anjing pada pagar selama beberapa hari dalam keadaan hujan mahu pun panas terik sejak 1 November hingga 6 November lalu. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI