fbpx

Menari sikit, Bunga dah kena kecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUNGA tampil memohon maaf gara-gara aksi lincahnya yang menari-nari ketika menjayakan sebuah persembahan baru-baru ini.

JIKA sudah namanya artis, apa sahaja kelakuan yang kurang enak dipandang pasti akan dihujani dengan teguran peminat.

Itu yang berlaku kepada penyanyi rap, Bunga Isme apabila satu video tarian ketika membuat persembahan di sebuah lokasi tular dan hebat dikecam netizen menerusi TikTok.

Semuanya disebabkan sedikit kelincahan Bunga yang berlari-lari dan menari sehingga dikatakan tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung dan berbaju kurung.

“Ingat ini pesta luar negara ke?” tegur seorang netizen.

Tidak berdiam diri, Bunga seterusnya tampil memohon maaf kepada orang ramai yang terkesan disebabkan video tersebut.

“Saya Bunga dan yang membuat persembahan tersebut. Minta maaf jika persembahan ini buat ramai tak senang hati.

“Saya berseronok dalam setiap persembahan. Apa pun, saya hargai semua penonton dan sedar kesalahan diri,” katanya dalam ruangan komen.

Nampaknya Bunga perlu lebih berhati-hati jika mahu melakukan sesuatu perkara selepas ini.

Mungkin ramai yang prihatin kerana Bunga merupakan seorang wanita bertudung.

MIZZ LAHAR: Kadang-kadang sakit juga mata lihat imej terlampau seksi segelintir selebriti wanita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI