fbpx
Lelaki itu memunggah guni wang simpanannya untuk membeli motosikal. - Tik Tok

Guna seguni duit syiling beli motosikal secara tunai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Seorang lelaki tular di media sosial kerana bertindak memunggah guni simpanannya yang berisi duit syiling untuk membeli sebuah motosikal, lapor program berita Liputan 6 semalam.

Berdasarkan satu klip video yang dimuat naik ke aplikasi Tik Tok oleh akaun bernama @wawasuhenda itu, kelihatan seorang lelaki sedang mengeluarkan duit syilingnya di atas lantai. 

Setelah dikira, lelaki itu berjaya mengumpulkan syiling bernilai 18 juta rupiah (RM 5,281.35) untuk membeli motosikal secara tunai.

Dalam video seterusnya, pekerja kedai motosikal itu bersama-sama mengira wang tersebut.

Netizen turut membanjiri ruangan komen.

“Di sini kita belajar tiada yang mustahil kawan-kawan, sedikit demi sedikit menjadi bukit, mari kita ada semangat menabung,” tulis seorang netizen.

“Ya Allah, contoh ini perlu dicontohi,” tulis netizen lain. – Agensi

POPULAR