fbpx

Agro Tradzt bantu pasarkan hasil pertanian, penternakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald Kiandee

PETALING JAYA- Penyedia perkhidmatan e-dagang, Smart Tradzt melancarkan platform Agro Tradzt bagi memudahkan golongan petani, pentenak, nelayan dan pekebun kecil memasarkan hasil mereka secara terus kepada pembeli.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, pelancaran Agro Tradzt bertepatan dengan strategi utama kementerian dalam mewujudkan peluang pasaran lebih luas khususnya untuk pengeluar produk pertanian kecil.

“Selain itu, usaha berteraskan pemodenan turut digariskan dalam Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 (Pelan Tindakan DSMN) bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti sistem makanan negara.

“Ini termasuklah inisiatif untuk memperluaskan penggunaan teknologi serta memperkukuh dan menambahbaik infrastruktur sedia ada bagi memudahcara adaptasi teknologi dalam kalangan pengeluar makanan,” katanya.

Menurutnya, perluasan penggunaan teknologi dalam kalangan komuniti pertanian akan merangsang keusahawanan, menaikkan taraf sosioekonomi petani, penternak dan
nelayan seterusnya meningkatkan tahap sekuriti makanan negara.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Smart Tradzt CK Chung menjelaskan, pihaknya mahu membawa inovasi menerusi Agro Marketplace yang biasanya dinikmati syarikat besar kepada orang ramai termasuk petani dan nelayan.

“Ciri-ciri mudah lain platform itu untuk pembeli termasuk menerima pesanan belian bagi setiap transaksi, keupayaan untuk menjejak status pesanan dan menerima e-Invois,” ujarnya.

Agro Smart Tradzt membolehkan jualan terus oleh kumpulan itu dengan menawarkan produk hasilan segar, harga yang lebih adil, kestabilan sumber bekalan dan pengalaman membeli yang menarik. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI