fbpx

1,497 doktor kontrak letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 1,497 pegawai perubatan lantikan kontrak meletak jawatan atas pelbagai alasan sejak tahun 2017 hingga Jun tahun ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (Amanah-Kuala Selangor) mengenai statistik bilangan pegawai perubatan siswazah yang meletakkan jawatan mengikut tahun dan punca peletakan jawatan itu.

Katanya, keputusan meletak jawatan itu merupakan hak yang diputuskan sendiri oleh pegawai tersebut atas sebab-sebab tertentu.

“Antara alasan peletakan jawatan termasuk menyambung perkhidmatan dalam sektor swasta dan Badan Berkanun, sebab peribadi, melanjutkan pelajaran, masalah kesihatan, berhijrah ke luar negara serta membuka klinik sendiri.

“Setakat ini, jumlah 1,497 tersebut membabitkan 110 orang pada 2017, 168 orang (2018), 475 orang (2019) dan 511 orang (2020).

“Sementara pada Januari hingga 26 November tahun ini, sebanyak 514 telah meletak jawatan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI