fbpx

Mulut berkunci, Neelofa ‘unboxing’ barang bayi pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA barangan bayi yang dikongsikan Neelofa ketika melakukan sesi 'unboxing' dalam Instagramnya baru-baru ini.

JIKA sebelum ini tular foto perutnya semakin membesar, kini Neelofa sekali lagi mencuri perhatian selepas berkongsi beberapa produk bayi yang diterimanya baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsi usahawan itu baru-baru ini, dia menerima beberapa kotak mengandungi barangan keperluan bayi seperti tisu lembap dan baju.

Difahamkan, ada produk yang ditunjukkan olehnya merupakan barangan bayi daripada sebuah jenama popular di Jepun.

Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada semua produk tersebut dibeli atau diberikan kepadanya sebagai hadiah.

Walaupun masih mengunci mulut mengenai kehamilan dan usia kandungan, perkongsian sebegitu menambahkan lagi peratus pengesahan terhadap semua khabar angin yang masih tidak bernoktah.

Nampaknya, tarikh kelahiran bayi sulung pasangan paling popular di Malaysia bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Pasti ramai teruja termasuklah para peminatnya yang tidak henti-henti mendoakan semoga setiap urusan kelahiran bayi bekas pemenang Dewi Remaja itu dipermudahkan.

“Rasa nak menjerit ketika melihat video yang dikongsi Neelofa ini. Tak tahu kenapa gembira sangat, semoga dipermudahkan,” komen seorang netizen.

“Bila sudah beli barangan bayi, bermaksud telah memasuki fasa baharu. Tak sabar nak lihat bayi Neelofa,” kata seorang pengguna TikTok.

Ramai masih tertanya-tanya usia kandungan Neelofa. Anda rasa bila agaknya dia dijangka melahirkan?

DIVA: Ramai selebriti yang bernikah secara mengejut. Mungkin itu trend zaman sekarang, tiba-tiba sudah kahwin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI