fbpx

Perez berkorban demi Verstappen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEREZ berikrar untuk melakukan segala-galanya bagi membantu Verstappen dan Red Bull meraih gelaran juara musim ini. – AFP

LONDON – Pelumba No. 2 pasukan Red Bull, Sergio Perez tekad untuk berkorban demi membantu rakan sepasukannya, Max Verstappen merangkul kejuaraan dunia Formula Satu (F1) ketika saingan musim ini berbaki dua perlumbaan.

Sebagai rekod, Perez yang baru menyertai Red Bull musim ini bertindak cemerlang dengan mempamerkan aksi konsisten bagi memastikan pasukan turut dapat bersaing bagi merebut kejuaraan kategori pengeluar selepas hanya dibezakan lima mata dengan Mercedes.

Sementara itu, Verstappen pula mengungguli carta kedudukan pelumba dengan perbezaan lapan mata dengan pemandu utama pasukan Mercedes yang juga juara dunia tujuh kali, Le­wis Hamilton.

Meskipun persaingan pada baki dua perlumbaan Grand Prix (GP) nanti tidak memberikan sebarang makna, Perez percaya masih ada sumbangan yang boleh diberikan dengan memastikan pasukan dapat membolot kejuaraan bagi ka­tegori pelumba dan pengeluar.

“Saya tidak mempunyai masalah untuk membantu Vers­tappen pada dua perlumbaan akan datang dengan memastikan dia mempunyai ruang dan peluang untuk mengutip mata yang cukup sebelum ditabalkan sebagai juara dunia yang baharu.

“Sudah tentu situasi itu ada dibincangkan antara pengurusan serta kami sebagai pemandu dan saya percaya potensi untuk Verstappen bergelar juara musim ini cerah kerana kami semua setia menyokong­nya dari belakang.

“Mengenai prestasi saya sepanjang musim ini, sudah tentu saya berpuas hati tetapi dalam masa yang sama tidak boleh terlalu mendabik dada kerana perlu bekerja lebih keras untuk membalas kepercayaan pasukan yang menawarkan kontrak lanjutan untuk kekal pada kempen musim depan,” kata­nya.

Saingan akan bersambung semula di GP Arab Saudi pada 6 Disember depan sebelum tirai musim ini ditutup pada GP Abu Dhabi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI