fbpx
ERNIE mendapat pujian melambung netizen semasa menjayakan sebuah persembahan baru-baru ini.

Mesti sedap juga suara anak Ernie nanti – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BIARPUN sedang sarat berbadan dua, si kecil molek Ernie Zakri masih aktif menerima undangan nyanyian di majlis-majlis rasmi.

Terbaharu, tular sebuah video memaparkan Ernie kini hamil enam bulan membuat persembahan di sebuah majlis rasmi.

Nampak biasa tetapi kehebatan vokal isteri kepada Syamel itu tiada tolok bandingannya.

Malah, ramai yang kagum melihat seorang wanita hamil mampu menyanyikan nada tinggi.

“Dia boleh tarik ketika sarat mengandung,” tulis seorang netizen.

Selain itu, ada juga pengguna TikTok yang berpendapat suara Ernie semakin merdu dalam tempoh kehamilannya.

Tidak kurang juga yang membuat andaian bahawa bayi yang bakal dilahirkan sekitar Mac nanti bakal mewarisi vokal emas persis ibunya.

“Memang sah, anak dia lahir nanti jadi penyanyi,” komen seorang pengguna TikTok.

POPULAR