fbpx
KLOPP mengakui bahawa Southampton mempunyai gaya permainan yang hampir sama dengan Liverpool. – AFP

Gaya permainan Southampton buat Klopp tak senang duduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL – Pengurus Li­verpool, Jurgen Klopp mengi­ngatkan barisan pemainnya agar tidak memandang rendah kemampuan Southampton menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield malam ini.

Klopp, 54, menegaskan, The Saints pastinya akan bangkit mempamerkan aksi terbaik selepas mereka dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada Norwich City minggu lalu.

“Kami perlu bersedia sepenuhnya apabila bertemu Sout­h­ampton kerana bagi saya, mereka adalah pasukan yang turut mengamalkan corak permainan gegenpressing.

“Saya sedikit lega kerana dapat merehatkan ramai pemain utama dalam perlawanan ini (aksi Liga Juara-Juara menentang Porto). Jadi, saya harap kami dapat kekalkan rentak semasa untuk aksi Sabtu ini,” katanya.

The Reds dijangka tidak menghadapi masalah untuk mengutip tiga mata penuh ke atas Sout­hampton selepas berjaya mencatat kemenangan 2-0 ke atas Porto di Anfield kelmarin.

Sementara itu, Klopp tidak bimbang dengan tahap kecergasan dua penyerangnya, Sadio Mane dan Mohamed Salah yang tetap diturunkan menentang Porto meskipun Liverpool sudah layak ke pusingan kalah mati.

Dalam masa sama, pengendali dari Jerman itu lega kerana pemain pertahanan kiri, Andrew Robertson sudah boleh beraksi selepas pulih daripada kece­deraan dan dimasukkan beraksi dalam babak kedua menentang Porto kelmarin.

Sebagai rekod, kemenangan ke atas Southampton malam ini membolehkan Liverpool terus menekan pendahulu EPL, Chelsea. – AGENSI

POPULAR

BERITA BERKAITAN