fbpx

Anggota kumpulan Blackswan bertelagah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN Blackswan.

TIADA angin tiada ribut, kecoh mengenai hubungan antara anggota kumpulan K-pop Blackswan yang dikatakan sedang bertelagah sesama sendiri.

Agensi naungan Blackswan, DR. Music menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini menjawab spekulasi mengenai konflik antara dua ahli, Fatou dan Leia yang sering disebut-sebut netizen.

“Ini adalah kenyataan rasmi mengenai isu yang timbul dalam anggota Blackswan baru-baru ini.

“Blackswan kini sedang dalam rangka promosi untuk album mereka, Close to Me dan telah mula menerima banyak sokongan dan perhatian peminat.

“Seperti ramai tahu, Blackswan merupakan sebuah kumpulan yang dihimpunkan daripada ahli pelbagai bangsa dan budaya.

“Memandangkan banyak pendapat dan budaya yang wujud bersama dalam pasukan kami, terdapat keperluan yang lebih besar untuk saling menghormati dan memahami berbanding pasukan K-pop yang lain,” tulis kenyataan tersebut.

Pengurusan Blackswan turut memohon maaf kepada kelab peminat, Lumina kerana isu dalaman yang berlaku dan berjanji akan menyelesaikannya secara baik tanpa menjejaskan nama baik kumpulan.

“Kami mengakui kepentingan antara satu sama lain. Kami juga berjanji untuk melakukan yang terbaik sehingga promosi album ini selesai,” katanya lagi.

Blackswan yang memulakan debut pada 16 Oktober tahun lalu dahulunya dikenali sebagai Rania dan dianggotai empat ahli aktif iaitu Youngheun, Fatou, Judy dan Leia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI