fbpx

Aksi Melaka-KL City ditangguhkan kerana gangguan bekalan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Stadium Hang Jebat mengalami gangguan bekalan elektrik ketika ini. - Foto ihsan pembaca

PETALING JAYA – AKSI separuh akhir kedua Piala Malaysia melibatkan Melaka United menentang Kuala Lumpur City (KL City) ditangguhkan selama 30 minit ekorang gangguan bekalan elektrik di Stadium Hang Jebat.

Perkara itu disahkan olen Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan sebentar tadi.

“Terdapat masalah gangguan bekalan elektrik di Stadium Hang Jebat, Melaka.

“Perlawanan Melaka United FC lwn Kuala Lumpur City FC dijangka akan bermula pada pukul 9.30 malam,” katanya.

Pasukan Melaka dan KL City kini selangkah untuk mencipta sejarah dengan menamatkan penantian untuk beraksi di pentas final Piala Malaysia kali ini.

Kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 pada aksi pertama di Stadium Kuala Lumpur, Cheras pada Isnin lepas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI