fbpx

Suntikan dos penggalak sesi 3 Ahli Parlimen esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah antara yang menerima dos penggalak Pfizer sebelum ini.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen yang masih belum menerima dos penggalak vaksin Covid-19 boleh menerima suntikan yang akan diadakan di Klinik Parlimen esok.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon berkata, sesi tersebut merupakan sesi yang ketiga diadakan bagi kesemua Ahli Parlimen.

“Semua sedia maklum, Kementerian Kesihatan (KKM) ada memberi dos penggalak kepada Yang Berhormat pada 2 dan 11 November lalu.

“Bagi yang belum menerima suntikan itu, esok akan diadakan sesi ketiga bermula dari pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari di Klinik Parlimen Malaysia,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 bermula di seluruh negara pada 13 Oktober lalu. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI