fbpx

Hidupku, solatku hanya kerana Dia – Bernikah lagi, Tauke membisu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAUKE berdiam berhubung kesahihan video hari pernikahannya yang tular dalam media sosial.

PETALING JAYA – Pelawak sensasi, Tauke memilih pendekatan berdiam dan membiarkan desas-desus dirinya sudah bernikah dengan dengan seorang wanita bernama Shu yang tular menerusi TikTok terus menjadi tanda tanya umum.

Bagaimanapun, Tauke atau nama lengkapnya, Zamatul Amri Zakaria, 45, berkongsi satu kenyataan ringkas dalam Instastory hari ini. Katanya, apa pun yang dilakukan dalam kehidupan adalah kerana Tuhan.

“Siapa pun aku, apa pun yang aku buat, tujuan dan kehidupanku serta solatku hanya kerana Dia (Tuhan),” tulisnya.

Meninjau ke Instagramnya, rata-rata netizen mula membanjiri ruangan komen pada hantaran terakhir Taukey memaparkan dirinya dengan lelaki. Masing-masing mengakui masuk Instagram Taukey hasil maklumat diperoleh daripada TikTok. Sehingga kini, Tauke dilihat belum mengiyakan atau menidakkan perihal tersebut.

Usaha kebanyakan media untuk mendapatkan pengesahan daripadanya masih menemui jalan buntu apabila bekas peserta Raja Lawak musim pertama itu tidak menjawab panggilan telefon mahupun membalas pesanan WhatsApp.

Semalam, namanya sekali lagi menjadi bahan buah mulut ramai selepas sebuah video memaparkan dia didakwa bernikah dengan seorang wanita bernama Shu.

Dakwaan tersebut tercetus selepas seorang pengguna TikTok @piddyys memuat naik sebuah video seorang wanita mengucapkan tahniah kepada Shu atas pernikahannya hari ini.

Turut kelihatan dalam video sama ialah Tauke yang lengkap memakai persalinan baju Melayu berwarna putih sedondon dengan wanita terbabit.

“Yang bertanya sama ada itu Tauke atau tidak, ya memang dia. Kita doakan yang baik-baik sahaja,” tulis pemilik video tersebut dalam ruangan komen sekaligus menjawab pertanyaan ramai.

Sekadar informasi, Tauke pernah menafikan dia menceraikan bekas isterinya, Nadia Mohd. Affandi menerusi rakaman suara yang dihantar dalam aplikasi WhatsApp seperti didakwa isterinya pada Januari 2019.

Difahamkan, keretakan rumah tangga mereka berpunca daripada kehadiran orang ketiga dan mula goyah apabila Tauke dikatakan curang dengan seorang wanita.

Tauke dan Nadia mendirikan rumah tangga pada 9 Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Zamatul Khayla Aydina, 3. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI