fbpx

Pafa gugurkan 11 ahli gabungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pafa

IPOH – Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) membuat keputusan drastik apabila menggugurkan 11 ahli gabungannya.

Tindakan itu diambil susulan rancangan ahli-ahli persatuan berkenaan untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) tidak lama lagi.

Keputusan memecat ahli gabungan itu diambil berikutan perlanggaran perlembagaan artikel 80 mengenai keahlian.

Kini, Pafa hanya mempunyai tujuh ahli gabungan iaitu Majlis India Perak, Teluk Intan, Bagan Datoh, Pengkalan Hulu, Tanjung Malim, Kuala Kangsar dan Batu Gajah.

Pengumuman mengenai penguguran ahli gabungan itu dibuat oleh pemangku Presiden, Datuk Mohammad Yadzan Mohamed dalam sidang akhbar petang tadi.

Katanya, Pafa tidak mempunyai jalan lain melainkan memecat 11 ahli itu kerana melanggar perlembagaan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI