fbpx
BUNGA sakura Kedah kini mekar di sepanjang Jalan Kuala Kedah, dekat Alor Setar semalam.

Alor Setar bertukar wajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Bandar raya Alor Setar bagaikan dilanda musim bunga apabila lebih 200 pokok tekoma atau popular dipanggil sebagai ‘sakura Kedah’ kembali mekar di beberapa lokasi sejak minggu lalu.

Tinjauan Kosmo! mendapati bunga daripada pokok tekoma atau nama saintifiknya Tabebuia rosea merimbun antaranya di Jalan Langgar, Jalan Suka Menanti dan Jalan Kuala Kedah.

Penduduk Kepala Batas, Noor Azrina Azhar, 38, berkata, dia menyedari bunga sakura Kedah itu mekar kira-kira tiga hari lalu dan terpesona setiap kali melalui jalan yang dipenuhi deretan pokok berkenaan.

“Kali ini bunga berwarna merah jambu, kuning dan putih keluar hampir serentak seperti kira-kira lapan tahun lalu. Cantik sungguh, macam musim bunga sakura di Jepun,” katanya di sini semalam.

Penduduk Jalan Langgar, Khairul Fikri Khairuddin, 36, berkata, bunga sakura sememang­nya mekar ketika cuaca panas dengan kelopak berguguran di atas jalan.

“Pemandangan paling cantik adalah di Jalan Kuala Kedah ­kerana di situ terdapat ratusan pokok tekoma yang berbunga. Memang cantik dan saya bercadang nak bawa anak-anak mengabadikan kenangan di bawah rimbunan bunga pada sebelah petang,” katanya.

Menurutnya, fenomena itu lazimnya berlaku setahun sekali dan bunga akan gugur sepenuh­nya sekiranya hujan turun berpanjangan.

“Kalau cuaca panas berlarutan, mungkin orang Alor Setar dapat menikmati pemandangan cantik ini lebih lama,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN