fbpx

5 marsyal ditahan selepas 3 serah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki yang bertindak sebagai marsyal dengan memberhentikan kenderaan awam bagi memberi laluan kepada sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi di lampu isyarat Sua Betong baru-baru ini.

PORT DICKSON – Keseluruhan lima orang lelaki yang bertindak sebagai marsyal dekat lampu Isyarat Sua Betong di sini seperti yang tular dalam sebuah video di media sosial ditahan polis selepas tiga daripada mereka menyerah diri petang tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, ketiga-tiga lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori masing-masing berusia 27, 30 dan 48 tahun itu ditahan sejurus menyerah di Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson pada pukul 3.40 petang.

“Turut dirampas adalah motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki GTR 1400CC, Harley Davidson dan Yamaha Tracer 900 GT, sehelai ‘vest’ hijau serta beberapa barang yang digunakan oleh ketiga-tiga lelaki berkenaan semasa rakaman tersebut dibuat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hari ini, Kosmo! melaporkan dua lelaki yang bertindak sebagai marsyal dengan memberhentikan kenderaan awam bagi memberi laluan kepada sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi di lampu isyarat Sua Betong di sini telah ditahan.

Jelas Aidi Sham, kesemua suspek ditahan di Balai Trafik IPD Port Dickson bagi siasatan lanjut dan dengan tangkapan terbaharu menjadikan keseluruhan seramai lima individu ditahan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI