fbpx

Tiga lelaki maut dalam kemalangan dua kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan membabitkan dua buah kenderaan yang menyebabkan tiga kematian dalam kejadian di Kilometer 268 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di Seremban awal pagi tadi. - FOTO: IHSAN BOMBA

SEREMBAN – Tiga lelaki maut, manakala tiga lagi lelaki cedera parah dalam kejadian kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 268 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini awal pagi tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba Seremban 2, Mohd. Asree Abd. Hamid, pihaknya telah menerima panggilan pukul 2.13 pagi dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

“Anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian, setibanya di sana kami mendapati ada tiga mangsa yang maut. Seorang lelaki yang maut berada di dalam kereta jenis Honda Accord manakala dua lagi mangsa yang maut menaiki kereta jenis Perodua Bezza.

“Kami difahamkan kesemua mangsa yang terlibat berusia awal 20-an dan dipercayai dari arah Seremban ke Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau lagi, kesemua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI