fbpx

1,696 pegawai dan anggota bomba telah dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Hamdan memakaikan pingat kepada salah seorang penerima pada Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Seberang Jaya hari ini.

Daripada jumlah iSEBERANG PERAI – Seramai 1,696 pegawai dan anggota bomba di seluruh negara dilaporkan telah dijangkiti Covid-19 sehingga kini.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, biarpun angka itu mula direkodkan sejak tahun lalu, namun ia tidak menjejaskan perkhidmatan jabatan berkenaan.

“Pada hari ini, seramai 68 anggota bomba sedang menjalani kuarantin selepas disahkan positif termasuklah kurantin di rumah, di hospital Covid-19 atau di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC).

“Daripada 1,696 yang telah dijangkiti sejak 2020, dua daripada mereka telah terkorban iaitu pegawai kanan di Sabah dan Negeri Sembilan yang mendapat penularan daripada komuniti dan bukan ketika tugas,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020 di Seberang Jaya di sini yang turut dihadiri Pengarah JBPM Pulau Pinang, Saadon Moktar.

Pada majlis itu seramai 37 pegawai dan anggota menerima pingat kebesaran jabatan termasuklah Pingat Jasa Bomba, Pingat Setia Bomba dan Pingat Cemerlang Bomba serta Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (68 orang) dan Sijil 30 Tahun Perkhidmatan (19 orang).

Dalam pada itu, Mohammad Hamdan berkata, setakat ini kira-kira 26 peratus daripada keseluruhan 14,500 anggota bomba telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19.

“Penerimaan dos penggalak termasuklah bagi persediaan menghadapi musim banjir ketika ini.

“Ini kerana pengendalian banjir dan pengurusan bencana itu pada kali ini cukup mencabar di kala pandemik,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI