fbpx

Terima kasih Keluarga Melaka – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat negeri Melaka kerana memilih Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan baharu.

Menerusi satu hantaran di Facebooknya beliau memaklumkan perkara tersebut.

“Terima kasih buat Keluarga Malaysia di Melaka kerana memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan baharu.

“Insya-Allah kebajikan dan kemajuan ekonomi negeri Melaka pastinya akan menjadi agenda utama pentadbiran kerajaan baharu yang akan dibentuk nanti,” katanya hari ini.

Tambahnya, beliau turut menyatakan ucapan tahniah kepada semua yang terlibat semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Tahniah kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Tidak dilupakan presiden-presiden parti komponen BN dan seluruh jentera parti yang menggembleng tenaga membantu kemenangan BN di Melaka,” ujarnya.

Jelasnya, penghargaan turut diberikan kepada mantan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang turun padang membantu kemenangan di Melaka.

“Inilah semangat Keluarga Malaysia yang mana kita semua menuju ke destinasi yang sama, membangunkan kembali Malaysia selepas mengharungi pandemik yang mencabar ini.

“Terima kasih Keluarga Melaka,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI