fbpx

Dua suspek kes rogol tampil serah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian seorang gadis yang mendakwa dua lelaki tempatan telah merogol rakannya selepas berhibur di sebuah kelab pada Rabu lalu.

KUALA LUMPUR – Dua lelaki tempatan yang didakwa merogol seorang wanita selepas berhibur di sebuah kelab pada Rabu lalu telah menyerah diri semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kamaruzaman Elias berkata, kedua-dua suspek berkenaan telah menyerah diri di Balai Putra Heights kira-kira pukul 6 petang.

“Kedua-dua mereka berusia dalam lingkungan 31 hingga 38 tahun telah hadir ke balai polis untuk menyerah diri.

“JSJ kini sedang giat menjalankan siasatan lanjut dan menyeluruh berhubung dakwaan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan, polis sedang mengesan dua lelaki tempatan yang dipercayai telah merogol seorang wanita selepas berhibur pada Rabu lalu.

Satu ciapan Twitter dipercayai kawan baik mangsa yang tular mendakwa, kedua-dua suspek terbabit sudah beberapa kali melakukan perbuatan tersebut terhadap wanita lain dengan memasukkan dadah dalam minuman tanpa disedari mangsa.

Kamaruzaman berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu mangsa telah mabuk selepas dipercayai diberi minuman mengandungi dadah.

“Mangsa dan rakannya kemudian dibawa oleh kedua-dua suspek ke sebuah hotel di ibu kota. Mangsa hanya menyedari dirinya dirogol selepas dimaklumkan oleh rakannya itu.

“Polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan diklasifikasikan sebagai kes rogol,” tegasnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI