fbpx

Dua individu terlibat kes rogol diburu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menerusi perkongsian seorang gadis yang meminta orang ramai membantu menjejaki suspek terbabit.

PETALING JAYA – Polis Kuala Lumpur sedang mengesan dua individu warga tempatan yang dipercayai terbabit dalam jenayah seksual yang tular menerusi satu klip video di media sosial baru-baru ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundingan) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kamaruzaman Elias berkata, pihak polis telah menerima satu laporan daripada seorang wanita yang mendakwa telah menjadi mangsa rogol oleh dua suspek lelaki warga tempatan yang tidak dikenali.

“Kejadian dikatakan berlaku pada 17 November 2021 sekitar pukul 9 malam ketika mangsa yang berusia 19 tahun bersama rakan-rakan sedang berhibur di sebuah kelab di ibu kota.

“Kemudian mangsa dikatakan mabuk dan dipercayai telah diberikan minuman yang disyaki mengandungi dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, mangsa kemudiannya dibawa oleh kedua-dua suspek ke sebuah hotel di ibu kota bersama seorang lagi rakan mangsa.

Sementara itu, pihaknya sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh dan telus terhadap laporan yang diterima serta satu kertas siasatan telah dibuka dan diklasifikasikan sebagai kes rogol yang disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular gambar yang memaparkan wajah pelaku berserta kapsyen yang memohon orang ramai menjejak lelaki tersebut selepas mendakwa rakannya diperkosa dan kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah hotel sekitar Kuala Lumpur.

Pihak polis mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian dan menyebarkan sesuatu berita dari sumber yang tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan serta menimbulkan kegusaran orang awam.

Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung dengan kejadian, orang ramai boleh menyalurkannya kepada pihak polis dengan cara menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/ 585 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI