fbpx

Dakwaan Forest City projek gagal tidak berasas – TMJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Titah TMJ

JOHOR BAHRU – Dakwaan bahawa projek Forest City di Iskandar Puteri dekat sini merupakan satu projek mega yang gagal adalah tidak berasas dan merupakan fitnah yang disebarkan oleh pihak tertentu.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, sebaliknya projek berkenaan adalah satu projek yang sedang dibangunkan secara mampan dan berterusan.

“Projek ini sudah pun menyumbang pendapatan sebanyak RM630 juta kepada kerajaan negeri Johor dalam bentuk bayaran cukai, dividen, dan sebagainya.

“Projek ini juga telah mencipta pekerjaan untuk 1,200 rakyat tempatan dan menganugerahkan kontrak kerja bernilai RM1.4 bilion kepada 150 syarikat kontraktor tempatan.

“Ini secara langsung telah membuka peluang untuk memajukan industri pembinaan di Johor untuk jangka masa panjang,” titahnya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook miliknya, hari ini.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI