fbpx

Pengorbanan dua bapa malang dibela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMED ZAKI bersama ahli keluarganya menerima sumbangan daripada wakil Media Mulia di kediaman mereka di Bidor.

TAPAH – Gara-gara tangan kiri dihempap guni berisi batu seberat 30 kilogram, seorang lelaki, Ayeop Ibrahim, 53, kehilangan keupayaan untuk mencari rezeki selepas menjalani pembedahan.

Dia kini banyak bergantung harap kepada bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk menyara keluarga.

Bapa kepada enam orang anak termasuk seorang daripadanya berusia lima tahun orang kelainan upaya (OKU) autisme yang tinggal di Kampung Baru Banir, Temoh, Perak itu kini menerima bantuan sebanyak RM300 sebulan.

AYEOP bersyukur menerima sumbangan bantuan daripada Program
Jelajah Ikhlas untuk meringankan beban yang ditanggungnya selama ini.

Pastinya jumlah tersebut tidak mencukupi untuk menyara keluarga besarnya itu, memaksa dia mengambil upah membuat kerja-kerja rumah di kawasan kampung.

“Kami juga bertuah kerana ada anak saudara yang tinggal di hadapan rumah kami sering menghulurkan bantuan jika kami memerlukan di samping sumbangan barang makanan dari penduduk kampung,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi bapa kepada tujuh cahaya mata, Mohamed Zaki Mat Radzi, 47, turut berkorban masa dan tenaga melakukan dua pekerjaan demi menyara keluarga.

Mohamed Zaki yang menetap di Kampung Serentang, Bidor, berkata, pekerjaan tetapnya sebagai pengawal keselamatan dengan pendapatan bulanan sebanyak RM1,200 perlu ditampung dengan mengambil upah membaiki mesin basuh dan peti sejuk daripada komuniti di kawasan itu.

Bagaimanapun, Perintah Kawalan Pergerakan telah membataskan kerja sambilannya sehingga menyebabkan dia mengalami kekurangan pendapatan.

Ayeop dan Mohamed Zaki menzahirkan rasa terharu serta ucapan terima kasih atas sumbangan daripada Program Jelajah Ikhlas anjuran bersama Central Sugars Refinery Sdn. Bhd. (CSR), Era Foods MY dan Media Mulia Sdn. Bhd. (MMSB).

Kedua-dua bapa tersebut berkata, bantuan berkenaan dapat meringankan beban keluarga masing-masing selepas bergelut dengan Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI