fbpx

Wasiyyah lancar hibah akaun CDS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Wasiyyah Shoppe Berhad (Wasiyyah), syarikat amanah patuh syariah dan penyedia hibah terbesar di Malaysia mengumumkan pelancaran perkhidmatan terbaharunya, hibah akaun pelaburan Sistem Depositori Pusat atau CDS.

Kemudahan itu membantu pelabur menghibahkan akaun pelaburan CDS mereka kepada sesiapa yang mereka kehendaki.

Ia mengikut formula agihan seperti yang mereka hajati untuk pasa­ngan, anak, anak angkat, adik-beradik atau sesiapa juga tanpa mengira perhubungan dengan pemberi hibah.

Sekiranya penerima di bawah umur 18 tahun atau tidak waras akal fikiran, pelabur mempunyai pilihan untuk melantik Wasiyyah bagi menguruskan manfaat akaun pelaburan CDS tersebut bagi pihak penerima mengikut formula ditetapkan oleh pelabur.

Melalui kaedah ini, pelabur juga boleh menginfakkan sebahagian daripada manfaat akaun pelaburan CDS mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Wasiyyah, Ariffin Sabirin berkata, pihaknya mengambil masa hampir setahun bagi membangunkan perkhidmatan berkenaan.

Katanya, ia bagi memastikan bukan sahaja mematuhi hukum syarak dan undang-undang syariah, malah selari dengan peruntukan akta berkaitan akaun pelaburan CDS.

“Permintaan untuk perkhidmatan ini memang telah kami terima daripada masyarakat sejak dahulu, namun kami mengambil pendekatan sangat berhati-hati dalam pembangunannya.

“Atas sifatnya yang sangat teknikal dari segi undang-undang, kami telah menggunakan khidmat nasihat dari pakar hukum syarak, pakar undang-undang syariah dan muamalat serta pakar undang- undang sivil dalam kalangan antara yang terbaik di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Ariffin menambah, pihaknya yakin perkhidmatan itu akan mendapat sambutan baik daripada pelabur beragama Islam kerana ia adalah perkhidmatan perancangan harta patuh syariah yang pertama bagi kelas aset berkenaan di negara ini.

“Kami menyasarkan 2,000 pelanggan akan menggunakan perkhidmatan ini sehingga penghujung tahun 2022,” jelas­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI