fbpx

Demi dendam, lelaki sebar video bogel bekas kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek menyebarkan dua video seks bekas teman wanitanya. - Unsplash

JAKARTA – Gara-gara berdendam selepas hubungan diputuskan teman wanita, seorang lelaki dari wilayah Sulawesi Selatan bertindak menyebarkan rakaman panggilan video seks gadis tersebut kepada orang ramai, lapor program berita Liputan 6 hari ini.

Menurut laporan, lelaki itu menyebarkan dua video seks bekas teman wanitanya yang merupakan pelajar sekolah menengah.

“Sudah hampir sebulan ia (video) tersebar. Gadis itu merupakan pelajar di sebuah sekolah menengah daerah Kajuara.

“Selepas mereka berpisah, bekas teman lelakinya menyebarkan video bogel gadis itu,” kata seorang saksi yang menonton video tersebut.

Sementara itu, polis wilayah Bone memaklumkan bahawa pihaknya telah menahan suspek yang menyebarkan video itu.

“Selepas menerima laporan daripada ibu bapa remaja perempuan itu, kami menahan suspek iaitu bekas kekasih gadis tersebut,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Bone, Asisten Komisioner Polis Benny Pornika. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI