fbpx

Pasangan kekasih diarak, disebat 20 kali selepas video lucah tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki ini bersama kekasihnya diarak dan diberi sebatan 20 kali kerana berzina dan membenarkan video lucah mereka tular di media sosial. - Ghana Web

ACCRA, Ghana – Sepasang kekasih di Ghana diikat pada sebatang kayu dan disebat 20 kali selepas rakaman video lucah mereka tular di media sosial, lapor akhbar Daily Star, semalam.

Penduduk bandar Wa, bertindak sendiri untuk menangkap dan menghukum seorang lelaki dan wanita atas penyebaran video lucah mereka yang didakwa mencemarkan nama baik bandar itu.

Beberapa foto menunjukkan pasangan kekasih itu diikat pada tiang berbeza di halaman Istana Wa Naa pada 31 Mei lalu turut tular di laman sosial.

Pihak berkuasa undang-undang negara itu, Persatuan Peguam Ghana (GBA), sejak itu mengecam penderaan di Wilayah Barat Atas dan menyifatkannya sebagai mundur dan biadab.

Laporan menunjukkan bahawa pasangan itu telah diarak ke istana untuk penghakiman tetapi Wa Naa (Raja orang Wala) tidak hadir sehingga mereka memutuskan untuk memberikan 20 sebatan ke atas kedua-dua mangsa.

Wa Naa atau Na Fuseini Seidu Pelpuo IV bagaimanapun mendakwa beliau yang membenarkan hukuman itu dilakukan untuk memupuk disiplin kepada anak-anak muda di bandar itu.

“Selain hukuman sebat, ibu bapa lelaki dan perempuan itu juga akan bersetuju untuk membenarkan kedua-duanya berkahwin dan kekal sebagai pasangan untuk menjalani kehidupan yang lurus,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI