fbpx

KPDNHEP cari kaedah stabilkan harga minyak sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mencari kaedah terbaik bagi menstabilkan harga minyak masak walaupun peningkatan harga minyak sawit mentah (CPO) telah memberi kesan kepada perbelanjaan kerajaan.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerajaan akan melihat kepada beberapa kaedah dalam memastikan bekalan minyak masak sawit kekal dijual secara runcit dengan harga yang tidak membebankan pengguna.

“Ketika ini harga bagi satu tan metrik CPO di peringkat global telah melambung naik, jika sebelum ini kita meletakkan nilai ambang subsidi kepada RM2,500 bagi satu tan metrik CPO sekarang telah naik melipat kali ganda iaitu lebih RM5,000 bagi satu tan metrik.

“Sekiranya harga terus melambung, sudah tentu akan memberi kesan kepada perbelanjaan bagi pelaksanaan Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak.

“Kerajaan akan melihat kepada kaedah lain bagi memastikan bekalan minyak masak sawit mencukupi di pasaran dan juga memastikan minyak sawit dijual secara runcit pada harga yang tidak membebankan pengguna khususnya kepada golongan B40,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Robert Lawson Chuat (Betong-GPS) yang ingin tahu kesan kepada Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak sekiranya CPO terus melambung naik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI