fbpx

40 kematian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 40 kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kes kematian di seluruh negara sebanyak 29,769 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Terdapat tujuh kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dengan jumlah keseluruhan kes BID sebanyak 6,024 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Kesemua kes kematian dilaporkan di Selangor (7), Sarawak (6), Pulau Pinang (5), Sabah (5), Terengganu (4), Kelantan (3), Negeri Sembilan (3), Johor (2), Perak (2), Kedah (1), Melaka (1) dan Kuala Lumpur (1) serta tiada kematian di Pahang, Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Dalam pada itu, sebanyak 65,316 kes aktif melibatkan 50,765 kes dikuarantin di rumah, 8,217 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,789 kes di hospital, 281 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 264 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Sebanyak 5,413 kes harian semalam disumbangkan oleh Selangor (1,217 kes), Kelantan (743 kes), Johor (479 kes), Sabah (487 kes), Kedah (439 kes), Pahang (329 kes), Sarawak (266 kes), Terengganu (261 kes), Perak (250 kes), Pulau Pinang (236 kes), Kuala Lumpur (312 kes), Negeri Sembilan (198 kes), Melaka (116 kes), Putrajaya (51 kes), Perlis (25 kes) dan Labuan (empat kes). -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI