fbpx

150 kawasan di Selangor berdepan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Sebanyak 150 kawasan di sembilan buah daerah di Selangor berisiko mengalami banjir dan banjir kilat sehingga Mac depan susulan musim Monsun Timur Laut.

Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor (UPBNS) dalam kenyataannya memaklumkan ini susulan jangkaan taburan hujan yang dikeluarkan Jabatan Meterologi Malaysia (JMM) Selangor.

Katanya, sembilan daerah itu meliputi 23 kawasan di Petaling, Klang (26), Sepang (17), Gombak (21), Hulu Langat (32), Kuala Selangor (18), Kuala Langat (7), Hulu Selangor (4) dan Sabak Bernam (2).

“Berdasarkan ramalan purata hujan bagi bulan November adalah di antara 250mm – 370mm, Disember (200mm – 300mm).

“Manakala bagi tahun depan merangkumi bulan Januari (150mm –230mm), Februari (140mm – 210mm) dan Mac (200mm – 300mm),” katanya di sini hari ini.

Justeru, penduduk-penduduk di kawasan yang telah dikenalpasti berisiko mengalami banjir dan banjir kilat mengambil langkah-langkah persediaan dan mematuhi arahan pihak berkuasa keselamatan dari semasa ke semasa.

Jelas UPBNS, kerajaan negeri telah mengarahkan semua Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, pihak berkuasa keselamatan dan pihak berkuasa tempatan untuk melaksanakan tindakan – tindakan persediaan awal bagi menghadapi kejadian banjir, banjir kilat, tanah runtuh, ribut, dan lain-lain sepanjang tempoh Monsun Timur Laut. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI